Wednesday 23 April 2014

Mylandy signal DIY


Signal sisi  kanan kiri yang tidak lagi boleh digunakan akan ditukarkan seperti perancangan . Hampir 4bulan memikirkan bentuk lampu signal, jenis dari Keta apa, harganya dan diakhiri keputusan menukarnya walaupun harga mencecah langit.
Sebulan selepas memiliki greakk2 aku telah mendapatkan sebut harga untuk sepasang lampu signal dari pengedar alat ganti land rover. Harga tidak termasuk pasang adalah Rm 60. Selepas 4 bulan barulah aku mengambil keputusan untuk menukarkan kepada jenis lampu yang agak mudah didapati di kedai alat ganti biasa. Harga agak berpatutan kerana aku menggunakan lampu signal sisi Proton lama yang hanya berharga RM 8 .

Biasanya sebelum memulakan projek menukar alat ganti, aku akan memastikan alat ganti yang diperlukan untuk proses penukaran lampu tersebut. Sememangnya clip untuk cover arch perlu dibuka bagi membolehkan capaian tangan ke kawasan belakang signal tersebut.
Kalau diikutkan hampir 12 clip diperlukan untuk menyenangkan kerja menukar signal. Tetapi aku terpaksa mengorbankan 6-7 clip iaitu hanya separuh bahagian arch sahaja aku buka demi penjimatan.
Setiap clip yang dibuka akan rosak dan semestinya perlu ditukar. Aku mengambil alternatif lain menggunakan clip kereta Jepun yang mempunyai panjang yang hampir sama di mana harganya 1 clip = Rm 2. Berbanding jenis land rover Rm 5/1pcs.

Aku mencuba buka signal lama secara lembut dan akan tetapi nut yang mengikat signal tersebut tidak membenarkan kerana kekaratan.
Akhirnya keputusan menggunakan drill untuk menghancurkan permukaan kaki signal lama tersebut .

Setelah mengeluarkan signal lama tersebut, aku terpaksa mengubah suai tapak kerana tidak sama dengan jenis land rover.

Biasalah ukur dahulu sebelum membuat lubang tapak signal.sayang rasanya untuk menebuk lubang di fender tersebut.


Aku cuba tidak merosakkan kedudukan asal signal lama supaya jika pada masa hadapan hendak menggunakannya tiada lagi perlu memasang Plate lain bagi menyokong tapak signal tersebut.

Wiring perlu diperiksa dahulu sebelum memasang lampu tersebut.
Akhirnya

Tuesday 22 April 2014

Mylandy radiator fan & Thermostat


Tajuk melambangkan ketidak sanggupan penyediaan dan mempengaruhi tabung ayam!
Mengubah suai bukanlah pekara mudah didalam sesuatu kompetensi . Dilihat pada gambar diatas memperlihatkan kelainan didalam penyediaan kecekapan sistem penyejuk Mylandy greaak2.

Bonnet hadapan perlulah dibuka dahulu sebelum memulakan sebarang modifikasi  besar. Pekara seperti keselamatan perlulah dititik beratkan didalam penyelengaraan.

Lihat berapa kotornya? 

Mendapati sesetengah bahagian menunjukan seperti kesan dimakan zaman.
Aku terpaksa memotong fan radiator cover kerana ianya tidak rata. Aku menggunakan model bosch dimana harganya dikedai potong adalah RM100.


Aku terpaksa menggunakan plate nipis untuk membolehkan fan tersebut rapat di bahagian radiator. Setengah hari memikirkan bagaimana cara hendak memasang kipas tersebut dimana pengakhiranya seperti didalam gambar.


Kesempatan itu juga membolehkan aku memeriksa thermostat dan mencari kemungkinan masalah suhu air injin tinggi. 



Agak terkejut dimana thermostat seakan tidak perlu didalam injin. Ini bermaksud selama ini perjalanan air penyejuk hanya melalui thermostat casing . Tetapi bila difikirkan kembali mengapa suhu meter menunjukan suhu melampau walaupun hanya 3min hidup?
Walaupun masih tidak dapat lagi punca sebenar, sebab radiator kotor, thermostat tersekat secara automatiknya boleh disangkal didalam pencarian penyakit suhu tinggi. Aku berpendapat kemungkinan sensor(penyukat suhu) sudah menunjukan bacaan tidak betul.


Mylandy greaak2 Drive shaft universal joint.

Drive shaft universal joint menjerit mahu ditukarkan kerana dimamah usia yang memasuki 29 tahun. Sintom yang ketara apabila memandu pada setengah kelajuan seperti mendengar loceng kecil mengikut alunan injin. Pemeriksaan dibuat setelah mendapat nasihat daripada group mylandy berkenaan perubahan semasa pemanduan.
Melihat gambar diatas menunjukan bearing tersebut telah mencapai tahap ketidakbolehan bekerja seperti biasa.

Seperti kebiasaan sebelum membuka drive shaft, perlulah ditandakan supaya apabila pemasangan semula akan mengikut kedudukan asal. Universal joint perlulah dikeluarkan daripada flange supaya memudahkan pengantian bearing yang baru nanti.

Sebelum menggantikan kepada bearing baru, perlulah diingatkan supaya membersihkan dahulu flange . Tips membeli universal joint adalah perlunya mengukur panjang ,diameter dan sebagainya bagi memudahkan pembelian. Jika tidak berapa yakin dengan ukuran, alat ganti yang rosak tersebut boleh dibawa ke kedai alat ganti untuk mendapatkan persamaan ukuran.

Semasa membeli alat ganti pastikan semuanya mengikut ukuran asal dan ada baiknya menukar screw/nut yang baru bagi memudahkan pemasangan .
Bersihkan coated kuning di universal bearing kerana ia hanyalah untuk melindungi bearing tersebut mengalami kekaratan sebelum digunakan. Jika tidak dibuang lapisan antikarat tersebut kemungkinan sewaktu memasang di flange akan menyebabkan kesukaran dan sebagainya. Saya menyarankan pembersihan lapisan kuning tersebut supaya ianya akan berfungsi seperti biasa.

Mungkin ramai bertanyakan kenapa aku mewarnakan warna oren? Ini kerana aku mempunyai lebihan cat warna kuning yang dibeli 3 tahun lepas masih tidak digunakan dan kesempatan ini aku gunakan sekurang-kurangnya menampakan kesegaran 29 tahun landy. Mengapa kita perlu membuang jika masih boleh digunakan?




Selepas memasang kembali ditempat sepatutnya perlu lah mengambil perhatian penuh tempat yang ditandakan sebelum ini. Grease semula di universal nipple bagi ia lebih tahan lama.
Cost didalam projek ini hanya RM 70.
Perlu penjimatan? bagaimana? DIY!!

Sunday 13 April 2014

Rumah Biasa untuk perlindungan keluarga kecilku

Rumah? adalah menjadi impian semua manusia menginginkan rumah yang selesa dan besar.
Bagi ku memiliki rumah sendiri adalah pekara wajib untuk memastikan kehidupan keluargaku yang selesa.
Pada mulanya kami merancang untuk memiliki doublestorey house dimana rumah tersebut adalah pilihan kami dari dulu lagi. Apabila difikirkan kembali ciri-ciri double storey sebenarnya tidak sesuai untuk kami sekeluarga untuk jangka masa panjang. 
Contohnya : Jika kami tua nanti ? Bagaimana?




Hanya ada beberapa pintu sahaja ditawarkan untuk rumah tersebut.