Monday 7 April 2014

Bercuti di Nora Lodge Bukit Tinggi

Percutian keluarga cuti sekolah:
Percutian yang telah dirancang hampir sebulan akhirnya berjaya mengikut jadual.Percutian ini adalah khas untuk kami bertiga dan disebabkan percutian sebelum ke nora lodge dibatalkan kami mengubah tarikh supaya cuti seminggu yang dirancang tidak disia-siakan.. Apa lagi terus mengajak kedua ibu bapa mengikut trip murah bersama-sama.
Setelah sampai di chalet yang dipilih kami mengambil keputusan untuk menyewa dua chalet yang mana harga setiap satu RM 90. Kenapa aku memlih dua dimana perancangan awal hanya satu sahaja? ini disebabkan kami inginkan privacy dimana kami merancang untuk memasak sendiri dan mempunyai tandas yang tidak berkongsi dengan pengunjung lain. Chalet yang dipilih adalah dibahagian hujung sekali dan yang pastinya tidak diganggu lalulalang oleh orang yang menginap di kawasan tersebut.


Bertolak daripada port klang jam 9 pagi dan sampai dalam jam 11 pagi dan setiba di nora lodge semua barang didalam landy terus diangkut ke chalet yang dipilih. Dikira penuh bonet belakang dengan kelengkapan masak/baju dll. Setelah selesai memunggah segala perAlatan,Ayah ku terus membuka katil lipat camping aku untuk dijadikan tempat beradu.

Sementara itu orang pumpuan mula hendak menunjukan skill memasak mereka.. Agak Mudah masakan yang disediakan Untuk luncheon pada hari tersebut.
Acara yang ditunggu adalah selepas makan adalah acara mengesot di atas tilam dan aku berjaya melunaskannya sehingga 2-3jam tampa was-was.
Hari pertama kami hanya bercadang untuk mandi manda di hutan lintang berdekatan dengan chalet kami. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dari chalet ke hutan lipur lentang dimana menggunakan lebuhraya karak menghala kuantan.

 Hampir 2 jam bermandi-manda dan tibanya masa untuk pulang ke chalet nora dan sebelum pulang kami merancang hendak ke kampung berdekatan Hutan Lipur Lentang(kampung orang asli) tetapi mengambil keputusan terus ke pekan bukit tinggi untuk membeli barang keperluan yang tidak cukup.
Ini kerana dikhuatiri kampung tersebut kemungkinan tidak menjual kicap kipas udang... Hehehee
Setiba disana biasalah orang perempuan akan membeli keperluan untuk memasak dan aku mengisi minyak sehingga penuh kerana meter minyak rosak(malas nak repair) .Agak gambel travel dengan landy yang berpenyakit dan ini aku lakukan kerana hendak melihat keupayaan mylandy ku ini.
Malam melabuhkan tirai dan seperti didalam jadual acara BBQ telah dirancang dimana aku hanya menyewa peralatan membakar bernilai RM 30 dimana pembantu kebun Nora menyediakan semuanya dan yang pasti hanya bara api dan alatan memanggang terletak dihadapan tangga chalet kami menginap.

Hari Kedua Bukit Tinggi

Bermula aktiviti melawat rumah ala-ala barat yang terletak lebih kurang 6 Km daripada nora lodge. Hari tersebut matahari menyinar kawasan tempat kami melawat http://www.colmartropicale.com.my/ dan walaupun cik matahari menyinar tetapi disebabkan berada pada ketinggian 2500 meter paras laut menyebabkan kedinginan masih terasa.
Kami hanya berjalan dan menikmati bangunan ala Francis yang telah di ciplak hampir 98% struktur bangunannya.
Bergambar disekitar kawasan tersebut


Lebih kurang hampir 2 jam berada dikawasan Colmar Tropicale A French-Theme Resort Berjaya Hill ini. Kami mengambil keputusan untuk bergerak ke destinasi lain di mana tidak disangka menghabiskan masa kerana teruja apabila dapat berjalan-jalan disekitar bangunan ala-ala France .


 Selepas melawat bangunan De france tiba masa melawat Japanese village seperti gambar diatas. Kami mengambil keputusan membawa kereta sendiri keatas bukit tersebut yang mengambil masa dalam 20 min. Selalunya shuttle bas disediakan, keputusan membawa kenderaan sendiri kerana ibu ku mempunyai penyakit sakit sendi kaki. Jangkaan aku meleset selepas sampai di parkir japanese village, dimana ibuku masih mahu juga pergi ke atas bukit tersebut walaupun kakinya sakit. "Kekadang kita kena berkorban" ucapan ibuku. Kami berjalan kaki ,menaiki tangga, dan mendaki jalan bukit yang dimana mengambil masa lebih kurang 20min.
Sampai sahaja terus hilangkan penat dan menikmati ais cream sebelum ke japanese tea house.






Lawatan dan sesi berkimono Nurermifarihinmohdfahmi berakhir selama sejam di japanes village . Agak tidak sesuai dengan kami anak beranak untuk berkimono beregu kerana percutiaan ini adalah percutian budget. Rm20 untuk satu kimono...😊


Rasanya menuruni bukit adalah paling susah berbanding menaiki/mendaki bukit.
Tempat terakhir lawatan kami adalah:


Animal farm yang mengenakan bayaran sebanyak RM3/person dimana pengunjung boleh memberi makan sendiri kepada binatang didalam taman tersebut.
Arnab adalah binatang paling comel dan kebanyakan pengunjung menggunakan peluang yang ada untuk memegang arnab tersebut.






Hari terakhir kami terus bergerak pulang ke melaka dimana kami singgah sebentar di chow kit untuk membeli belah. Aku bertukar tempat dengan orang tua untuk beliau merasai membawa kereta kesayanganku di hentian seremban sehinggalah ke melaka.
Percutian yang menyeronokan dan paling murah diantara percutian sebelum ini.
 http://youtu.be/2fIxQiV0Svg




No comments: