Sunday 13 April 2014

Greaak2 Mylandy Absorber (murah)

Assalamualikum Semua,
Kereta lama tidak bererti akan lupus selamanya disebabkan dibiarkan dimamah hujan panas .
Disebabkan penggunaan kenderaan melalui jalan yang berlopak dan tidak rata menyebabkan ketidak selesaan penumpang didalam kenderaan terbabit. Seperti biasa (greaak-greaaak) kesayangan ku sama seperti kenderaan lain dimana setiap kali melalui jalan berliku/lopak/ tidak berturap menyebabkan keseluruhan badan bergoyang dan menyebabkan banyak alatan didalam kenderaan rosak disebabkan gegaran terlampau. Aku mengambil keputusan untuk menukarkan absorber yang murah supaya gegaran tersebut boleh dikurangkan.
Aku telah pergi ke beberapa kedai alat ganti dan akhirnya memilih absober jenis WOODHEAD dimana ia adalah standard absorber land rover 110 yang aku mampu . Harga pasaran pada masa itu adalah di sekitar RM 110- RM 140 bergantung kepada penjual dan dimana aku mendapatkan di Jalan Kuching ,Kuala Lumpur.
Aku terpaksa pergi ke kedai tayar untuk memasang absorber Woodhead ini kerana tidak mempunyai peralatan seperti spring compressor, jack dan sebagainya. Upah yang dikenakan untuk kesemua absober itu adalah sebanyak RM 80 .
Bahagian hadapan agak sukar sedikit kerana mekanik perlu membuka cover atas di bahagian engine bay. Bagi aku adalah sangat mudah untuk tukar sendiri (DIY) tetapi seperti yang aku sebutkan tadi adalah kerana alatan untuk membukanya tiada dan jika semuanya cukup ,sudah tentu RM80 itu aku boleh gunakan untuk belanja makan isteri dan anak-anak.




kekadang kita perlu melepaskan sedikit wang simpanan kita untuk keselesaan . Kenapa perlu kita menyeksa diri kerana terlalu berjimat. Bayangkan jika terlalu kedekut dengan wang penyelengaraan kereta kesayangan kita, Sudah tentunya jika tidak diperbaiki kerosakan akan mempengaruhi  peralatan lain dan semestinya belanja yang terpaksa dikeluarkan lebih tinggi dari sebelumnya.
Hanya satu cara sahaja untuk mengelakan penyelengaraan.. adalah jangan hidupkan kereta dan menggunakanya. Ia akan sikit sebanyak mengurangkan pembelanjaan untuk kereta basahan tuan-tuan.





No comments: