Saturday 20 December 2014

Tugasan Kasih MV Pedoman

MV Pedoman Buoy tendering vessel
Tugasan kasih...


  Semesta terakhir  ini aku ditugaskan menyediakan laporkan berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja diatas kapal malaysia. Pada permulaannya rancangan asal adalah membuat lawatan ke tapak pembinaan di putrajaya. Disebabkan banyak kali tertangguh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan dan akhirnya aku terpaksa menggunakan kapal sebagai kajian tugasan berkumpulan. Bagi aku adalah agak sukar kerana perundangan darat dan laut adalah dua pekara yang berbeza dimana bahaya bekerja  dikapal adalah lebih tinggi berbanding didarat.

Terus terang aku katakan , tidak pernah didalam hidup aku membuat tugasan yang tiada didalam senarai kecekapan aku dan ini adalah kali pertamanya aku menjalankan tugasan ini.


Aku memulakan dengan lawatan persendirian untuk melihat sejauh mana tugasan yag perlu aku selesaikan. Aku membuat temubual dengan anak kapal bagi mendaptkan gambaran yang penuh berkenaan dengan prosess menukar boya .Ini bagi membolehkan aku merangka proses tersebut agar boleh diterjemahkan kepada bentuk laporan.


Aku membawa semua informasi berkenaan dan berbincang bersama ahli kumpulan untuk mendapat mandat bagi meneruskan tugasan itu. Kebetulan minggu selepas lawatan pertama , Kapt kapal merancang membuat penukaran buoy merah disekitar kawasan pelabuhan klang. Aku sekali lagi bersama-sama dengan ahli kumpulan buat kali kedua kalinya membuat persediaan bagi mengikut MV pedoman belayar mengantikan buoy yang telah tamat tempoh berkhdimat.

Dibantu oleh teman yang rapat akhirnya video ini lah terhasil



Hari tersebut mendung bersama dengan kabus yang menutup kawasan tempat buoy tersebut. Bersukur kerana laut agak tenang dan ianya memudahkan anak kapal menjalankan tugas seperti dirancang. 

Teman aku mengambil tempat mengambil video berbanding aku yang lebih cenderung mengambil gambar menggunakan tab . Pada pagi tersebut telefon aku tidak berfungsi sepenuhnya dan tab itu menjadi penyelamat untuk tugasan Ini. Walaupun gambarnya tidak seperti sehebat jenama buah tetapi sumbangannya agak tinggi berbanding jenama Ini.

Tiga buoy di tukar bagi mengikut jadual penyelengaraan yang ditetapkan. Macam biasa aku menjalankan tugas merakam seberapa banyak mungkin gambar bagi menilai tahap bahaya sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh Anak kapal.



Tahukah kita bahawa kebanyakan perundangan yang digunakan oleh perkapalan adalah mengikut perundangan antarabangsa. International Maritime Organization (IMO) adalah salah satu organisasi yang memantau, mengurus semua hal berkaitan dengan perkapalan. Didalam tugasan ini ia lebih kepada perundangan Maritime Labour Convention 2006 (MLC) dimana perengan yang terakhir didalam clause adalah berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja. Malaysia juga adalah salah satu negara yang menduduki kerusi IMO dan segala pandangan dan pendapat malaysia apabila disuarakan akan diambil kira didalam perbincangan tahunan mereka.


Kerjasama yang diberikan oleh anak kapal diantara yang terbaik dimana makan tengahari disediakan untuk pelawat seperti aku. Laksa? sangat rindu saat makan diatas kapal dimana nikmat makan selepas bekerja seharian. Aku? tidak makan kali ini kerana menghormati 'cahaya' yang tidak mahu mengambil yang bukan haknya.



Aku rasa didalam banyak-banyak tugasan yang aku terima sepanjang belajar .Ini adalah yang paling aku suka Kerana sepanjang berada dikapal MV Pedoman .. Aku senyum sendirian Kerana puas melihat keindahan ciptaan Allah S.w.t. Gembira Kerana mempunyai peluang melihat Lebih dekat Nur itu sendiri.

Aku tahu walaupun aku tidak layak melihatnya tetapi pengalaman ini menyebabkan aku rasakan seperti hendak memberhentikan masa supaya aku lebih lama disana bagi menghabiskan masa melihat keindahan ia.

Jika diberikan peluang sekali lagi, ingin ku putar masa itu supaya kembali semula sehingga membolehkan aku senyum sepanjang saat hidupku.

Terima kasih kepada kapt MV Pedoman dan semua Anak kapal.