Thursday 18 June 2015

Pencarian MT Orkim harmony menunjukan kegembiraan

Negara dikejutkan dengan kehilangan MT  Orkim harmony di perairan Malaysia .


Pernah tidak kita tahu apa maksud MT itu? Motor Tanker (MT) , bermaksud kapal terbabit menggunakan Injin pembakaran dalam. Dilaut kebanyakan kapal akan dimulai dengan MV,MT & SS. 

Berbalik kepada kehilangan kapal syarikat negara dimana hampir ¾ adalah kru daripada Malaysia . Hanya beberapa sahaja daripada Indonesia & Myanmar . 
Pada beberapa bulan yang lepas kemalangan yang sama juga berlaku  di perairan Malaysia dimana banyak laporan Lanun diterima yang menjurus kepada kerugian berjuta dolar. Didalam waktu ini sahaja dilaporkan 3 kes berlaku di kawasan laut http://www.marineinsight.com/shipping-news/three-vessels-attacked-in-three-hours-in-straits-of-malacca/ .

Setiap kapal dilengkapi dengan radar dan alat pengesan seperti AIS. Konsep yang sama diguna pakai didalam sistem penerbangan awam. Cuma yang hebatnya kapal mempunyai "button Security " dimana hanya malim kapal sahaja tahu dimana terletaknya. Persoalan macam mana tidak menghantar isyarat kecemasan? Hanya siasatan lebih lanjut sahaja yang boleh diberi kesimpulan penyebab. 

Aku agak terkejut hari ini dimana sekeping Photo menunjukan gambar sebelum dan selepas kapal di cat! 


Ini adalah gambar yang disebarkan dan seterusnya banyak komen yang tidak sepatutnya  sehinggakan keluar daripada logikal akal. Kekadang berita menyatakan namanya ditukar dan dicat diubah menjadi seperti kenyataan diatas.

Kita kekadang suka menjadikan pekara yang tidak sahih sebagai batu lonjatan untuk menjadi popular sesaat. 


Seperti didalam aliran berita menyatakan kapal terbabit di perairan Kemboja . 8 lanun bersenjata pistol dan parang masih berada didalam kapal terbabit. Berita juga menyatakan lanun bercakap didalam bahasa Melayu dengan lenggok Indonesia dan mohon pihak berkuasa Malaysia melepaskan mereka dengan selamat .

Aku lihat sesetengah pihak marah kepada badan berwajib kerana lambat bertindak dimana selepas lebih daripada 5jam barulah laporan dibuat. Semalaman! Tetapi ada pernahkah kita terfikir? Kenapa lambat laporan dibuat? Kesnya hampir sama dengan kes kehilangan kapal terbang. Cuba kita buka sedikit fikiran itu supaya nampak kenapa ianya sebegitu rupa. Jangan hanya menuding jari dan menjerit seperti orang gila marahkan lembu tanpa berfikir! 

Apabila melibatkan lanun teringat aku kepada cerita Capt Philip dimana cerita berkenaan lanun Somalia . Ini adalah tugas yang amat sukar bagi pihak berkuasa.

Pernah aku membuat latihan simulasi diantara lanun dan pihak berkuasa sewaktu mendalami ilmu EMERGENCY RESPONSE AND PLANNING dahulu.  Daripada apa yang dibuat sewaktu latihan dilihat negosation adalah pekara yang sangat penting. Keperluan secara teknikal dan lain-lain amat penting didalam kejayaan tawar menawar tersebut. Aku percaya pihak berkuasa kita mempunyai kebolehan didalam segala operasi tektikal dimana hari ini terbukti pihak berkuasa memberikan jumlah lanun yang berada dikapal.

Kita perlu mendoakan pihak berkuasa dapat menyelesaikan pekara Ini dengan baik dan mahukan semua kru pulang dengan selamat.


Pernah dahulu pada tahun 2002 dimana sewaktu itu aku belayar di kawasan sama superti kapal malang ini, walaupun waktu siang Kita dapat lihat boat2 kecil/pancung berada disekitar kawasan laluan. Oleh sebab itu setiap kali melalui kawasan tersebut kru kapal menganggap  itu adalah pekara biasa. Disebabkan itu apabila pekara biasa.. Semua akan menjadi bukan ancaman.

Sebagai contoh jika kita memandu ditempat yang sama setiap hari, kita tidak akan rasa bahaya kerana ianya menjadi kebiasaan. Jika seorang pemandu yang baru menggunakan kereta yang sama dan melalui jalan yang sama. Sikapnya lebih teliti didalam melalui laluan tersebut.

Kekadang aku terfikir dimana sebaik mana sistem manapun atau teknologi dikapal diletakkan yang tercanggih  jika kita manusia tidak mengikut aturan ianya tidak mengikut apa yang digambarkan. 

Aku percaya semua pegawai diatas kapal yang berkhidmat adalah daripada Malaysia dan aku percaya juga kecekapan mereka mengendali masalah menjadikan pelaut Malaysia adalah yang terbaik di seantero dunia. 





Kumpulan inovatif and kreatif KIK2015 JLM

Apa tu KIK? 

Aku dipertanggungjawabkan untuk memimpin kumpulan ini . BHEPP telah pernah cuba menghantar peserta selama 4 tahun dan semuanya di tengah jalan kerana disebabkan faktor komitment. 

Tahun ini aku telah meletakan sasaran supaya BHEPP boleh merampas kedudukan tempat pertama didalam konvensyen KIK JLM 2015 ini.


Target nampak besar sedangkan tiada seorang pun dalam kumpulan pernah bertanding ataupun berkursus KIK. Aku mengambil cabaran untuk membawa nama BHEPP Jabatan Laut Malaysia .

Aku mulakan lantikan kumpulan dimana rata-rata mereka adalah daripada bahagian yang sama. Pertama kali mesyuarat kebanyakan mereka menunjukkan ketidakpuashatian terhadap lantikkan. Agak sukar bagi aku mengerakkan kumpulan ini tanpa sokongan dan bantuan ahli.

Aku mengambil pendekatan "rapat bukan mesra" bagi memastikan perancangan dijalankan mengikut masa 3bulan . Agak terlalu singkat masa yang diberikan dan seperti sedia maklum komitment kerja hakiki perlu diambil kira.

Aku terus dan terus berusaha dan didalam kepala aku adalah no.1!

 


Setelah 2 bulan setengah mesyuarat demi mesyuarat dibuat, over time demi over time akhirnya seminggu sebelum konvensyen dijalankan. Kumpulan telah membuat persediaan Booth, presentation slide dan laporan untuk hari besar tersebut.


Pekara yang sangat mencabar didalam perjalanan ini adalah penyediaan laporan, penyediaan pembentangan dan Booth .
Pembentangan adalah pekara yang paling susah sekali bagi Ku kerana ianya perlu kordinasi yang baik untuk menjadikan ianya sempurna .

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu . Persediaan Booth secara gotong royong adalah terbaik sekali dari segi kerjasama .

Gambar menunjukan proses VIVA bersama kumpulan. Habis kena hentam atas dan bawah kerana salah faham dokumen. Kami menggunakan pakai persediaan dokumen seperti format thesis. Pemeriksa seperti tidak gembira dan menginginkan seringkas power point sahaja . Agak terkejut kerana bagi aku jika setebal thesis itu diberikan, bermaksud kefahaman yang lebih boleh didapati didalam laporan tersebut.

 Jika ianya menggunakan pakai slide presentation dan semestinya terlalu ringkas dan tidak terperinci. Susah tugas aku menjawab serangan demi serangan didalam VIVA tersebut. Alhamdulilah aku berjaya menjawab dengan penuh yakin dan ini adalah disebabkan pengalaman VIVA sewaktu universiti dahulu.


Pakaian adalah bahagian paling susah kerana bagiku jika tiada keseragaman didalam berpakaian. Ini akan menyebabkan tiada kesekepakataan berkumpulan. Aku memastikan kumpulan sehabis boleh memakai pakaian yang seragam kerana last minute untuk dapatkan budget baju adalah amat sukar.

Kembali kepada bahagian terakhir persembahan. 



Semua aku paksa naik ke pentas dan semua ada tugasan masing-masing bagi menguatkan lagi perhubungan berkumpulan. Ianya menjadi! 

Hasil nya adalah
Alhamdulilah kami berjaya ! 

Tuesday 16 June 2015

polygon meninggalkan aku dengan tangisan

Salam semua,

rindukah aku kepada si dia?

Permulaaan aku sebagai penunggang basikal pabila melihat rakan rapat menunggang basikal biasa Ke tempat kerja pada 8 tahun lepas.

Aku mula belajar memiliki Basikal kedua aku ini dengan kayuh sekeliling kawasan perumahan bagi membiasakan diri. Basikal pertama aku miliki adalah pada tahun 1995 lerun mountain bike (hijau) dan ianya hasil daripada Kerja part time aku dan titik peluh aku! 

Basikal polygon MTB kedua aku gunakan untuk belajar teknik mengayuh dan sebagainya. The best position aku dalam jamborie adalah tempat yang ke-260/1500 . Seorang yang baru menceburi acara ini dengan budget basikal yang kecil bukan menjurus kemenangan yang hakiki.

Kali terakhir aku mengikuti jamborie adalah Trb Parit Jawa 2015 dimana rakan sekelas dahulu sewaktu belajar di PUO yang hampir 13tahun tidak berjumpa ajak  berbasikal bersama. 

Beliau adalah penungang kental daripada  parit raja Batu Pahat Johor. Ahmadi menghabiskan hampir keseluruhan tabungnya hanya untuk hobi basikalnya . Aku agak respek dengannya kerana beliau sangat serius dengan hobinya sehinggakan Carbon Fiber adalah sebagai senjata untuk mendapatkan position yang baik.


Selalunya pebila berbasikal aku berkayuh santai kerana bagiku tempat keputusan perlumbaan bukanlah benda yang aku kejar untuk kepuasan. Aku lebih kepada menghayati pemandangan , melihat manusia dan juga menjaga kesihatan.

Aku mula aktif gunakan polygon MTB ini setelah 18bulan diselimut kerana menghabiskan belajar aku.

Sekian lama tidak menunggang basikal dan jamborie pada pertandingan itu aku dapat melihat spesifikasi polygon Mtb yang aku miliki adalah ketinggalan ke belakang .kemudian datang idea dimana perlunya perubahan bagi melihat output yang lebih baik.


Akhirnya aku mengambil keputusan melepaskan basikal kesayangan aku. Dalam hidup ini kekadang kena terima permegian seperti pelatah" pergi tidak akan kembali". Agak sedih bila dikenang kenangan bersama si biru . 

Formula untuk menghilangkan rasa rindu aku terpaksa mencari pengganti. Banyak basikal aku telah cuba dan harga hanya untuk golongan bangsawan sahaja sedap digunakan.golongan bawahan seperti aku perlukan sesuatu yang padan dan sesuai.

Setelah pencarian dibuat dan akhirnya aku telah jumpa basikal yang agak sesuai dengan peredaran zaman dan ketinggian aku.


Apollo MTB adalah basikal yang akan Ku gunakan untuk seterusnya. Menggunakan body frame aluminum saiz S dan singkat kata disebut "29er". 

Atas nasihat Alan aku cuba menggunapakai 29er Apollo sebagai jentera 2015. Harga yang berpatutan dan spesifikasi yang tinggi adalah faktor aku menggunakan jenama yang kurang didengar.

Pernah aku berbincang dengan rakan-rakan otai MTB. Kebanyakan berkata "basikal mahal berpuluh ribu , tetapi kayuh macam sampah" tiada gunanya. Berpatutan bagi aku dengan mas kahwin yang ditawarkan. Buat masa sekarang aku rasa ada baiknya aku cuba menyertai  mana-mana pertandingan sebelum menaiktaraf jentera ini.

Diharap ianya mengembalikan keceriaan aku selepas berpisah dengannya. Miss you