Tuesday 12 July 2016

O2 Vios merisaukan setiap kali enjin jalan ideal

Perkongsian masalah O2 Toyota Vios 2008. Setelah 9 tahun bersama aku dikejutkan dengan masalah enjin mati ketika jalan ideal. Bila setiap kali compressor penyaman udara hidup secara automatik ianya terus menyebabkan rpm enjin rendah. Kebiasaan diantara 5000-8000 rpm jika enjin jalan biasa.

Pertama sekali selepas aku membaca dan membuat kajian sekitar dimana antara punca adalah throttle body ataupun O2 sensor . Aku dengan secara tidak menunggu lama dan terus sahaja melaksanakan projek pembersihan throttle body dahulu. 

Sememangnya sangat kotor dan aku membersihkan sehingga kilat .

Sangat membantu didalam untuk memastikan enjin berjalan seperti biasa. Selepas 3 bulan penyakit yang sama terjadi lagi dimana aku merasakan ini disebabkan O2. Aku membuat tempahan dengan Toyota Muar dimana mengkhendak kereta ini diperiksa menggunakan sistem komputer. Akan tetapi benda sama dilakukan adalah menggunakan sejenis cecair dimasukkan didalam intake dan setelah enjin dihidupkan ianya terus membersihkan. Pihak Toyota menyatakan jika tiada perubahan ini bermaksud O2 sensor yang mempunyai masalah.

Aku terus gunakan kereta ini walaupun gegaran enjin sewaktu jalan ideal tidak menunjukkan sangat ketara sehingga lebih daripada 6 bulan.
Ini kerana selepas menyelidik harga alat ganti tersebut boleh mencecah sehingga RM 700.

Aku mengambil keputusan untuk bertahan dan membuat kajian harga pasaran sebelum menukar kepada yang baru. Harga pasaran diantara RM 150 - RM 350 di kedai biasa. Adakah alat ganti tulin? Aku tidak pasti.

Pada hari raya ke 2 dimana sekali lagi di eurica membuat masalah dimana enjin tiba-tiba mati sendiri. Terpaksa korbankan raya dimana aku membersihkan throttle body bagi mengurangkan masalah kerana disebabkan budget raya .

Paling menarik adalah kereta tersebut masih boleh digunakan dan tiada masalah untuk perjalanan jauh Utara . Ianya terbukti selepas setahun masalah tersebut terjadi masih tiada masalah untuk jalan. Hanya gegaran dan kekadang enjin mati secara automatik ketika ideal. 

Aku merancang untuk tukar dimana aku belajar didalam Mr Google bagi memastikan aku tidak silap langkah. Bermula pekara pertama aku buat adalah:


Jack kereta sebab paip ekzos dibawah bagi memudahkan aku membuat kerja . Keselamatan perlu dititik beratkan dimana aku memasang stand 3 tan di tulang bawah kereta .


Keselamatan lain juga perlu diambil kira 


Nampak seperti kuno dan akan tetapi ianya berkesan.


Mengikut didalam rekabentuk dimana didalam Toyota Vios 2008 ini ianya mempunyai 2 sensor dimana sebelum dan selepas .


Sensor O2 sebelum adalah suspect Utama. Aku bermula dengan spray DW40 bagi memudahkan ianya dibuka.


Connection perlu dileraikan dimana memudahkan ia dibuka.


Menggunakan saiz 22 dan kawasan yang sempit . Aku agak risau sebab kawasan yang sempit boleh menyebabkan kesukaran untuk buka sensor tersebut.


Setelah dibuka


Ini adalah sensor lama dimana berkemungkinan adalah punca Utama . Cara untuk periksa adakah sensor ini berfungsi ataupun tidak adalah dengan cara memeriksa terminal wayar hitam dan jika ada nilainya ditunjukkan didalam multimeter ia menunjukan ok.
Atau cara lain adalah dengan mengoncang sensor tersebut. Jika terasa seperti benda longgar sewaktu goncang ianya bermaksud sudah rosak.

Misi mencari sensor di kedai potong . Seharian mencari akhirnya jumpa 



Kos dia berikan adalah sebanyak RM 95. Aku terpaksa menukar connection terminal bagi membolehkan ianya berfungsi.




Setelah di ubah wayar aku cuba memasang ke tempat berkenaan dan hasilnya .


Masih ada sedikit gegaran tetapi minor. Aku cuba bawa kenderaan 2-3 hari ini untuk lihat adakah masalah sensor .

Tetiba signal enjin menyala? Adakah salah satu lagi cubaan? 

Aku cuba guna konsep reset sistem dimana aku pun tak berapa pandai. Aku guna konsep off dan on dimana aku cabut terminal battery dan sambungkan. Secara tidak semena ianya tidak menyala.



Sebelum ini tiada masalah.. Lampu tersebut hidup selepas aku menekan minyak maximum di atas jalan raya. Apa yang aku nampak semua berjalan lancar sehinggalah aku berhenti! Secara terkejut lampu tersebut menyala. Disebabkan itu aku reset dengan cara seperti penerangan diatas.

Aku tukar air filter kerana setiap 40,000.00 KM seharusnya tukar . 

Kita lihat 2-3 hari ini hasil daripada kerja DIY .

Setelah 5 hari aku dapat lihat masih ada masalah dengan timing tak berapa cun + Alarm lambang enjin hidup apabila berjalan jauh. Aku percaya ini disebabkan. Sensor O2 yang aku gunakan daripada kedai potong adalah tidak sesuai dengan jenis Vios 08 aku. 

Bermaksud sensor second hand bukan selalunya baik. Aku telah pergi menukarkan semula dengan duit kena taukeh kedai potong telah berjanji untuk pulangkan.

Aku mengambil jalan prosedur yang betul dimana membeli sensor baru kerana malas hendak berfikir panjang. 


Mari kita tunggu 2-3 hari melihat keadaan ia semula . Adakah baik ? 





2 comments:

Imran Marzuk said...

Bahasa macam translate google je..

hazroolrizalabdrahim said...

Terima Kasih Tuan Imran Marzuk