Tuesday 12 July 2016

Throttle body menyebabkan Vios aku bergegar ?

X Kenapa throttle bodies ? 


Permasalahan apabila kereta dalam keadaan ideal bergegar teruk enjin dan tidak semena mati sendiri.

Kereta aku miliki bergegar teruk sehingga enjin terus mati selepas cukup 8 tahun berkhidmat. 

Seperti biasa kita ini manusia dimana ada yang hebat ada yang tidak. Terus terang aku tidak pandai dan akan tetapi aku cuba berusaha buat benda yang tidak tahu. 

Cara-cara untuk membersihkan throttle bodies :


Throttle bodies terletak diantara sambungan box  Air filter  dan Air manifold. Pekara pertama sebelum lakukan pembersihan .. Paling mudah perlu tandakan semua peralatan yang sambung dengan throttle bodies kerana sewaktu memasang nanti tidak akan ada masalah terlupa. Gunakan pen pemenent  warna cerah supaya memudahkan nanti.

Pekara paling penting tau trottle body dimana. 

Buka box air filter bersama connection hose dimana ianya menggunakan screwdriver philipe. Diantaranya ada sensor dan perlu ditanggalkan supaya mudah untuk membuat kerja .


Cabut connection lain yang bersambung dengan trottle bodies tersebut.

Gambar diatas menunjukan trottle bodies hang telah di tanggalkan segala hose dan  Electrik wayar. Dengan menggunakan spanner box saiz 10mm keperluan membuka Holder paip coaling dan tapaknya. Kesemua nut berjumlah 7 nut mengikut enjin Vios 2008 ini.


Gambar setelah dibuka.


Gambaran Air manifold yang kotor. Pastikan tiada kain atau benda yang tertinggal didalam lubang manifold tersebut . 



Rupanya selepas 8 tahun berkhidmat. Jaring tersebut boleh dibuka kerana ianya disambung bersama gasket getah untuk memastikan tidak bocor.

 
Gunakan minyak atau cecair lain yang memudahkan ianya disental. Jika hendak gunakan minyak diesel sebagai Agent pembersih , pastikan selepas itu ia kering sepenuhnya.


Ini adalah gambar sebelum untuk manifold intake tadi.


Keadaan trottle bodies sebelum pembersihan. 


Pastikan butterfly Valve ini mudah bergerak dan bersih.


Selepas semuanya bersih , terbalikan proses buka tadi menjadi proses pemasangan.




No comments: