Monday 11 July 2016

Wayar baru Rumah lama


Salam dan selamat sejahtera ,

Kali ini aku hendak menceritakan bagaimana persediaan sebelum dan selepas untuk pertukaran MCB atau kata nama lainnya switchboard untuk 240v.


Rumah keluarga ini lebih daripada 20 tahun dimana ianya menggunakan pembentangan secara terbuka untuk susun atur semua kabel yang diperlukan.

Disebabkan didalam prosedur untuk penggunaan wayar dimana dinyatakan hanya 10tahun dinasihatkan pengguna menukarkan yang baru. Aku mengambil keputusan untuk menukarnya kepada yang baru kerana pada kenduri aruwah lepas dimana penggunaan elektrik tidak mencukupi dan berulang kali trip kerana masalah tidak cukup bekalan.

Langkah pertama aku menyediakan. Switchboard baru dimana semuanya dibelikan baru supaya ia boleh digunakan lebih lama.



Selepas menyusun mengikut kapasiti akhirnya aku menyambungkan semua busbar untuk setiap breaker yang akan digunakan.


Wayar hidup diperlukan untuk menyambungkan diantaranya.


Setelah wayar Life dan Neutral disambung aku memeriksa sekali lagi kesemua sambungan kerana dikhuatiri akan longgar dan boleh menyebabkan short .

Penyambungan ini bergantung kepada jenis box yang akan digunakan seperti mana didalam gambar terminal atas kiri adalah untuk earth dan bawah kanan adalah untuk neutral .

Setelah semuanya selesai bermula la era
Untuk mengantikan switchboard yang akan dipasang. 

 
Sebelum aku mulakan, aku terpaksa mengkaji dahulu keperluan wayar dan seperti didalam gambar menunjukan ianya menggunakan sistem lama.


Bila dilihat ia menujukan sistem trip berasingan dengan breaker . Aku terpaksa memastikan semua wayar sedia ada ditanda bagi mengelakkan kekeliruan.

Kabel yang digunakan untuk sistem rumah ini adalah 1.5 & 2.5 dimana 1.5mm untuk sistem lampu dan 2.5 mm untuk sistem plug/socket.

Dikira boleh pejam mata sikit kerana asas aku sudah ada dimana aku telah diajar di sekolah menengah dahulu. Praktikal aku lakukan selepas IPTA dimana kerja aku memaksa aku belajar semua pekara tersebut.


Aku merenggang kan penutup untuk melihat wayar yang digunakan supaya tidak ada kekeliruan semasa membuka. Aku terpaksa mengeluarkan penutup kayu kerana seperti sedia maklum aku masih memerlukan tenaga elektrik untuk digunakan menebuk ataupun memotong kayu dan sebagainya.


Berikut adalah hasil sambung bagi memastikan elektrik masih ada jika diperlukan.


Aku menggunakan konsep kita semula dimana kayu tersebut digunakan semula. Hanya lubang diperlukan untuk memastikan wayar boleh keluar masuk daripada semua arah.


Beginilah rupa selepas switchboard disambung dengan box kayu.


Bila dilihat pada wayar terus aku pening .


Bermula fasa sambung menyambung. Bagi sambungan pastikan limit setiap breaker adalah sesuai untuk beban yang akan digunakan . Contoh seperti lampu setiap breaker untuk 6 paling minimum dimana bergantung kepada jumlah kuasa setiap lampu.


Setelah sambungan dibuat aku mula memasukkan elektrik dimana secara keseluruhan semua berjalan lancar.



Aku percaya siapa-siapa boleh melakukan jika ada kemahuan.






No comments: