Friday 30 December 2016

Sedarkah kita tentang PENCUKAIAN sebagai Pelaut?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Aku cuba memahamkan Pencukaian Pendapatan Daripada Penggajian Di Atas Kapal (Ketetapan Umum No.12/2016) berkenaan dengan cukai.

Agak pening jika dibaca satu persatu dan aku cuba memahami blog daripada rakan lain berkenaan dengan pencukaian pelaut ini . Maklumat lain boleh didapati didalam blog rakan En Ahmad Badri https://ahmedbadri.wordpress.com/2016/03/12/cukai-pendapatan-untuk-pelaut-malaysia/



Aku cuba ringkaskan dengan mudah mengikut kefahaman aku dan mohon tuan-tuan dapat menyemak semula dengan LHDN dan baca bersama (Ketetapan Umum No.12/2016) dengan blog ini.

Secara Umum kefahaman berkenaan Perolehan Pendapatan

Kena Cukai:
Syarikat /perniagaan yang dikendalikan oleh orang yang bermastautin di malaysia

Tidak Kena Cukai:
Syarikat/perniagaan dikendalikan daripada luar malaysia dikecualikan.

Rumusan menyatakan peniagaan yang bermastautin di Malaysia yang mengaji pelaut asing atau tempatan perlu kena cukai!



Syarat Pengecualian Cukai:

  1. penggajian dijalankan di atas kapal yang digunakan dalam perniagaan.
  2. perniagaan dikendalikan oleh orang yang bermastautin di Malaysia; dan 
  3. orang yang mengendalikan perniagaan mestilah pemilik berdaftar kepada sebuah kapal di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (Ord. 70/1952) (OPS).

Contoh: Bekerja dengan Syarikat Kapal Malaysia beroperasi di KL dan berlayar diluar dimana syarikat tersebut memenuhi syarat diatas tersebut, secara automatik layak pengecualian cukai bagi pelaut tersebut.

Pengecualian terbatal apabila beliau menaiki kapal jenis :

  1. feri;
  2. tongkang atau laiter;
  3. bot tunda;
  4. vesel bekalan;
  5. bot krew;
  6. kapal korek;
  7. bot nelayan;
  8. kapal yang berdagang dan/atau beroperasi secara eksklusif dalam pelabuhan di Malaysia;
  9. vesel luar pesisir yang mana perkhidmatan utamanya ialah operasi penggerudian untuk penerokaan, eksploitasi atau pengeluaran sumber- sumber di bawah dasar laut dan tidak kebiasaannya terlibat dalam navigasi atau pelayaran antarabangsa;
  10. Penyimpanan Terapung dan Pemunggahan (PTP), Terapung, Pengeluaran, Penyimpanan dan Pemunggahan (TPPP), atau mana- mana vesel lain yang mempunyai operasi yang serupa;
  11. kapal perang atau kapal tentera laut;
  12. mana-mana kapal yang dipunyai atau yang sedang berkhidmat denganKerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri; atau
  13. vesel lain yang serupa. 


  1. Enjoy naik kapal ke luar dan pilihlah kapal yang tidak tersenarai didalam pengecualian jenis kapal nombor 1-13.

    Ini hanya memudahkan pembaca sahaja memahami secara ringkas berkenaan pencukaian sebagai pelaut .

    Rumusan lain yang saya boleh lihat disini adalah naik kapal luar dimana pengurusan syarikat diluar negara secara automatik dapat pelepasan cukai mengikut kapal yang diketegori dalam senarai KAPAL . Jika sayangkan syarikat dalam negara , pastikan syarikat tersebut mempunyai kapal berdaftar dengan Jabatan Laut OPS 1952 dan didalam ketegori KAPAL.

    Mudah dan cepat dan saya menasihatkan jika tidak beberapa pasti dengan maklumat ini boleh lah merujuk kepada LHDN berkenaan lebih dalam lagi kelayakkan pelaut.

    Link untuk fail LHDN  http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_12_2016.pdf?CSRF_TOKEN=6c4630139cca57443d663dfcc23e1a02563b87c0

Perlaksanaan STCW 78 pindaan terbaru MEMBEBANKAN ?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Lagi satu hari lagi dimana kita hendak melangkah ke perlaksanaan sepenuhnya Manila Amendment dimana bagi yang tidak sedar dan terkejut disaat akhir adalah salah satu bencana. Kehidupan kita biasanya suka melakukan semua pekara disaat akhir dimana sesetengah menyatakan ini adalah satu kepuasan. Banyak pekara berlaku disaat-saat akhir .



Pada tahun 2010 dimana sewaktu itu kecoh dimana STCW 2010 manila amendment telah dipersetujui oleh semua negara yang menganggotai IMO dimana keperluan melaksanakan bermula 2012. Seperti perubahan sepenuhnya malaysia terhadap STCW 95 pada 1999 dimana konvensyen 1978 ditambah baik kepada 1995. Sewaktu itu seperti ribut dimana banyak pelaut malaysia belum menukar sepenuhnya sijil dan disebabkan perlaksanaan itu banyak sijil tidak sempat ditukar dan dilaksanakan pada tarikh kuatkuasa.


Sehingga sekarang masih banyak lagi sijil lama seperti helmsmen, second class engine driver masih belum lagi ditukarkan. Bayangkan 21 tahun selepas perlaksanaan STCW 95 masih lagi belum menukar sijil tersebut? Adakah ini kebetulan? atau satu mimpi?

Selalunya kita selalu mendengar orang tua-tua kita berkata" Pekara yang lepas jangan dikenang" dan sememangnya tidak perlu kita kenang lagi kerana benda sudah lama ..21 tahun tidak perlu ingat kenapa kita perlu tukar sijil kecekapan dan maupun sijil kekompetenan. Lepas adalah lepas dan jangan dikenang.... Tetapi bagi aku kita kena kenang sebab kita belajar daripada pekara yang lepas.
Tetapi di malaysia? kita? belajar ke?



Pelaksanaan seperti semua maklum didalam website

The Implementation of 2010 Manila Amendments to the International Convention on Standard of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers (STCW) 1978 and Codes in Malaysia

Date of acceptance of 2010 Manila Amendments : 1st July 2011
Date entry into force of 2010 Manila Amendments : 1st January 2012
Date of commencement of new training programme : 1st July 2013
Date of proposal initial implementation by MARDEPT : 1st January 2014
Date of implementation of 2010 Manila Amendments : 1st January 2017

Information above serve to inform the proposed date of commencement of new training program and implementation by Marine Department Malaysia on the STCW (Manila Amendment) during the 5 years transition period , which will be fully enforce on 1st January 2017.

Marine Department Malaysia
Seaman Affairs and Port Division
16 Jan 2011

Adakah kita masih faham atau tiada penerangan yang khusus?

Malaysia menerima pindaan manila pada 1 July 2011 dan mula memberikan sepenuhnya pada 1 Jan 2012. Bermaksud notis mula dikeluarkan pada tahun 2012 untuk pemberitahuan kepada semua komuniti berkenaan perlaksanaan.

http://www.marine.gov.my/jlm/pic/article/service/notice/msn/2012/MSN072012.pdf

Bermula 1 July 2013 dimana memngarahkan institusi latihan mula memjalankan kursus bermula tarikh tersebut mengikut silibus . Jika kita perasan dimana sebagai contoh sebelum ini pelajar yang mendaftar di ILM yang mendapat kelulusan daripada kerajaan dapat menikmati perkhidmatan laut hanya 6 bulan bagi bahagian enjin. Selepas daripada tarikh tersebut terpaksa diatas kapal selama 12 bulan. Sebab itu aku nampak banyak sijil sudah mula dikeluarkan yang mana mempunyai tamat tempoh 5 tahun. Sebagai contoh Basic Training yang mana sebelum ini dinamakan Basic Safety Training .

Sekarang ini adalah masanya perlaksanaan... 1 Jan 2017 dan adakah kita bersedia?


Aku pernah ditanya oleh seorang rakan pelaut dimana ketidak puas hatian beliau berkenaan pekara dan perlaksanaan membebankan itu. Kenapa menyusahkan pelaut? mengapa perlu ikut semua konvesyen pindaan manila tersebut. Mengapa sekarang baru beritahu kena tukar semua sijil berkaitan?

Adakah aku terlepas pandang atau tulis berkenaan tarikh dan pemakluman .

Aku percaya , aku tidak boleh salahkan pelaut sahaja semata-mata , akan tetapi diri sendiri yang tidak sedar kewujutan notis dan semua tentang pemberitahuan kepada pelaut.

Almaklumlah kapal aku naik tiada internet kan( 'senyum puas sebab bagi jawapan untuk mengelak kesalahan diri")

( saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)


Friday 9 December 2016

Jeju sayang ku

Kali ini aku hendak bercerita berkenaan dengan trip kerja sambil telan air di Republic Of Korea pada 3 -9 Dec 2016


Gambar menunjukan gadis Korea yang menyayangi abang Tempe (jawa kot)


Seperti biasa aku mendapat perkabaran untuk ditugaskan menghadiri bengkel di Jeju Island korea. Aku dijadualkan untuk membuat pusingan kerja bermula 3 Jan 2017 dimana hampir 8 tahun aku di satu bahagian sahaja didalam organisasi. Berat hati hendak pergi kerana pusingan kerja menyebabkan benda baru aku perlu berlakar dan dua bulan sebelum pindah aku diberikan tugas pertama untuk mendapatkan pencerahan bakal kerja baru aku nanti.

Persediaan dibuat daripada soal jawap daripada setiusaha IMO dan KOEM dimana selain daripada itu aku ditugaskan mencari maklumat berkenaan perlaksanaan MARPOL annex V . Trip kali ini aku akan bertolak daripada malaysia ke korea dan transit ke jeju island dimana meliputi perjalanan lebih daripada dua ribu kilometer. Sepanjang perjalanan selama seminggu itu aku ditemani oleh bakal rakan sekerja iaitu mak orang Puan Suhana. ngeri bagi orang bujang macam aku?! 


Pandangan daripada dalam Korean air

Bermula trip aku selama 6 jam daripada KLIA ke Inchoen  http://www.airport.kr/pa/en/a/index.jsp dimana seawal jam 7 pagi. Makan? Kita orang Malaysia selalu rungsing bila memikir pasal makan halal. Risau? Tidak sebab aku dah buat pesanan makanan halal dikapal terbang yang aku naiki. 

Sesampai selepas selesai urusan kemasukkan aku terus mengambil beg kerana mengejar kapal terbang  ke JEJU island. Bermula misi mencari arah adakah menggunakan train atau bas express. Setelah berbincang dengan kakitangan Korea di lapangan terbang aku mengambil keputusan untuk menaiki bas kerana mudah dan tiada banyak perhentian.

Gambar didalam bas, dipaksa pakai tali pinggang ? 

Aku menggunakan bus daripada Icheon international airport terus ke Gimpo domestic airport dimana kadar tambang  sebanyak 7500 won dikenakan dan disekitar duit malaysia RM 29. Ia mengambil masa setengah jam daripada Iecheon ke Gimpo domestik AirPort.

Gambaran pintu masuk ke domestik airport

Selepas 3 jam menahan sejuk aku mula menaiki kapal terbang ke Jeju. tak sangka sejuk berbanding suhu di Muar johor.. dekat kampung panas je.  Pepatah Melayu . Masuk kandang kambing mengaum la.. So aku kena macam buat-buat pakai baju sejuk la.


Gambar menunjukkan di dalam flight ke jeju island 


Deligasi Malaysia diwajibkan untuk duduk di hotel yang ditetapkan oleh mereka dimana Sebab-sebab  keselamatan tidak boleh dipindahkan di hotel lain. Aku akur dengan kehendak International Maritime Organization (IMO) dan Korea Environment Management Cooperation (KOEM) .

Didalam bengkel ini adalah lebih kepada pengkongsian ilmu secara berjemaah .







Harga semalam di hotel ini adalah sebanyak 170,000.00 Won dan disebabkan pihak KOEM telah berbincang untuk mengurangkan harga bayaran kepada 140,000.00 Won =( RM 543.00/Malam).

Nasib baik UNDP menanggung semua perbelanjaan sewaktu aku disana. 

Hari pertama pada ahad tersebut aku mula mengorak langkah untuk berjalan disekitar Jeju Island untuk mengenal lebih dekat kehidupan penduduk disana.




Mendapati bandar yang tersusun dan terancang adalah salah satu kejayaan bagi pihak kerajaan tempatan. Bagi aku Korea mempunyai perancangan yang baik didalam mentadbir susun atur bandar .




Disebabkan terkenal dengan seafood dimana kebanyakkan kedai makan mempunyai akuarium seperti berikut dimana kebanyakan makanan adalah jenis daripada hasil laut dan segar.

Sewaktu berjalan aku ternampak warga kaya Korea membeli ikan tuna yang masih hidup lagi didalam akuarium seperti didalam gambar sebelum ini. Aku agak terkejut mereka membeli ikan masih hidup dan seterusnya memotong isi tuna tersebut dan terus dihidangkan untuk santapan.


Street of shopping entah

Aku hanya berjalan-jalan disekitar kawasan hotel tidak lebih daripada setengah jam kerana suhu bagi aku adalah terlalu sejuk. Seperti sedia semua tahu pulau  jeju terkenal dengan 3 pekara dimana Angin, Wanita & Heritage . Sejuk disebabkan angin yang bertiup kuat membatalkan niat aku untuk berjalan-jalan disekitar hotel. Didalam pulau ini mempunyai punca angin yang banyak.. oleh itu jika dilihat di kawasan pantai, banyak kincir angin dapat dilihat kerana ianya membantu penduduk untuk menjana elektrik bagi kegunaan setempat.

Wanita? Yup didalam pulau ini wanita paling banyak berbanding lelaki kerana mengikut penerangan penduduk disini dahulu sewaktu perang Korea , semua lelaki dikerah untuk berperang dan hanya wanita sahaja menunggu dan terus tunggu . Kalau dilihat pada gambar pertama , berkemungkinan aku boleh dikategori sebagai lelaki gilaan wanita Korea. Itu hanyalah andaian dimana di Malaysia aku tidak laku( ayat merendah diri). 



Bermula hari pertama dimana bengkel ini dimulakan dengan perbentangan daripada kerajaan Korea dan IMO berkenaan perlaksanaan MARPOL ANNEX V. Seperti biasa pada hari kedua dan ketiga aku memberikan sepenuhnya perhatian kerana pihak KOEM . Sebagai wakil malaysia , aku perlu memberikan perbentangan berkenaan perlaksanaan di malaysia dimana pengurusan Marine litter ini dan keberkesanan masih dalam pembangunan.

Negara membangun seperti Malaysia pengurusan memerlukan komitmen yang penuh jika ingin mendapat target yang Disasarkan .



Macam biasa aku ditugaskan memberikan perbentangan berkenaan perundangan, perlaksanaan dan persediaan untuk menghadapi perlaksanaan undang dunia yang dipersetujui semua. Itu adalah kerja wajib sepanjang trip 5 hari disana .

 Kita cerita pasal trip lagi baik berbanding kerja dimana makanan masyarakat sana memerlukan yang segar.



Hari pertama adalah hari mee segera  malaysia dimana aku membawa 6 bungkus mee segera cup. Kalau berjalan keluar negara, pekara wajib adalah MEE SEGERA




 Hidup dinegara orang aku perlu berlajar bagaimana hendak meneruskan kelangsungan hidup. Kepayahan kita sebagai orang islam adalah makan HALAL dimana di kepulauan asing ini aku terpaksa belajar supaya membiaskaan diri . Pada permulaan aku mengambil sarapan nasi berupa seperti pulut dan akan bilis bersama kimci. Sebagai muslim aku perlu berhati-hati didalam memilih makanan.

Seperti sedia kita faham didalam agama juga ada menyatakan jika berlaku dan merasakan was-was dalam beberapa pekara , kita tidak perlu buat. Pandangan aku sebagai seorang yang selalunya berada di tempat asing, aku merasakan kita perlu bijak didalam memastikan kelangsungan hidup supaya selari dengan keadaan semasa.


Tengahari aku diajar makan makanan laut dan itu adalah makanan utama rakyat korea dimana makan laut adalah makanan ruji mereka. Pekara pertama aku sampai disini aku telah memaklumkan pihak urusetia dimana keperluan makanan halal bagi wakil daripada Malaysia. Pihak urusetia menyatakan bahawa makanan di kawasan jeju kebanyakan berasaskan seafood dan percaya semua yang beragama Islam tiada masalah berkenaan makanan laut. Akan tetapi bagi mereka yang mempunyai tahap tertinggi was-was aku sarankan semua makanan perlu dibawa daripada rumah bagi mengelakkan masalah tersebut.




 Ikan yang mentah dan masih hidup dipotong untuk dihidangkan kepada pelanggan. Aku dengan megah terus mengambil semua potongan jenis ikan yang ditawarkan oleh restoren hotel. Ikan tuna adalah ikan yang biasa dihidangkan dan ikan tersebut adalah ikan setiap hari aku makan .




Makanan? Semuanya daripada sayuran dan hasil laut 




Kimci adalah pekara yang tidak asing di Korea .


 Sarapan pagi setiap hari





Tengahari terakhir di sini. Ikan dan sayur dan ikan dan sayur dll ... rutin kehidupan sebagai manusia di bumi Korea .

Secara jujurnya aku rasakan tidak perlu bercerita berkenaan dengan kerja aku kerana aku rasa ada baiknya Bercerita berkenaan dengan lawatan trip pada hari ketiga.




Bermula trip Mabuk didalam bas kerana berkemungkinan cara pemandu memandu bas deligasi .pening? Yup.











Fasiliti yang ditawar akan oleh KOEM bagi merawat air kotor . Kebiasaan air kotor / minyak dihasilkan oleh kapal dagang dan ini perlu dirawat sebelum dilepaskan ke laut.






Bergambar bersama ketua pengarah KOEM wilayah JEJU 


Trip pertama pihak KOEM menjemput melihat pasarana penerimaan waste management yang dikendalikan mereka. Dimana semua deligasi negara melihat perlaksanaan secara lebih mendalam berkenaan pengurusan ANNEX V  selama 3 jam .









Lawatan kedua pada hari tersebut adalah lebih kepada melihat kapal pihak KOEM melaksanakan penjagaan alam sekitar menggunakan aset sedia ada.

Pihak pengurusan KOEM membawa lawatan ke tempat heritage UNESCO yang biasa dilawati oleh pelawat daripada luar. 

Tempat pertama dilawati adalah bekas kawasan gunung berapi (volcanic) .




Di Malaysia orang panggil lalang dan di kampung Jikalau terkena lalang kita akan gatal/miang





Boleh dilihat kawah yang beratus tahun selepas hasil daripada letupan. Dahulu apabila kita berlajar di sekolah , selepas berlaku letupan , menjadi kebiasaan tanah tanaman menjadi subur . Lihatlah sendiri bagaimana pemandangan sekitar.




Pandangan puncak gunung







Kawasan sekitar.

Tempat kedua adalah 

Seongsan Ilchulbong Peak


Pandangan daripada atas mengenai pulau yang diisytihar oleh UNISECO

Pak Mat jaga ticket sempat bergambar.


Pintu masuk




Perjalanan boleh mengambil masa dalam setengah jam atau sejam untuk sampai ke puncak


Halfway







Hampir 1 jam untuk memanjat gunung ini dan sangat berpuas hati dengan trip diatas puncak gunung ini. Hasil daripada bekas letupan gunung berapi dimana ianya terbentuk 2000 tahun dahulu.


Hari terakhir aku berjalan dikawasan wet market dinamakan DOGMUN MARKET dimana agak terkenal kawasan tersebut sebagai pusat membelibelah bagi penuduk setempat. Selepas habis bengkel aku mula mengatur langkah dimana :

Ini adalah tempat yang sempat aku lawati sepanjang berbengkel di negara yang terkenal dengan running Man .




Tiada bezanya pasar disana dan di Malaysia 




Pandangan makcik menjual sayur seperti mana dapat dilihat di Malaysia . Beza adalah makcik memakai baju sejuk sahaja.



Survenior di jeju ini adalah kebanyakan adalah berkaitan dengan patung. Disini setiap kampung diletakkan 2 patung untuk pintu masuk setiap wilayah/kampung/ kedai dimana ianya membawa maksud penjaga kawasan. Tidak hairanlah semua sevenior adalah dihasilkan mengikut kepercayaan setempat. Sebagai seorang malaysian yang dibesarkan dengan makan Tempe , aku rasakan tidak sesuai untuk dijadikan hadiah kepada keluarga dan rakan di Malaysia . 



Dikawasan Dongnam market sebenarnya ada shooping kompleks dan ianya terletak dibawah tanah bersebelahan wet market tersebut. Ianya tersembunyi dimana didalam rata-rata menjual pakaian sejuk, kasut,alat penjagaan kulit dan sebagainya.





Setiap bermula akan berakhir dimana hari ini adalah hari pulang.



Pengalaman berada di negara luar didalam masa yang singkat ini dapat membantu aku mengenali dunia secara tidak langsung.